Dalam anatomi manusia, usus adalah segmen saluran pencernaan yang memanjang dari mulut melalui perut ke anus. Pada manusia, usus kecil terbahagi lagi kepada duodenum, jejunum dan ileum, manakala usus besar pula terbahagi kepada sekum dan kolon.
.
Struktur dan fungsi usus dapat digambarkan secara anatomi kasar pada tahap mikroskopik. Lumen adalah satu rongga di mana makanan dicerna apabila melaluinya dan tempat berlakunya penyerapan nutrisi. Kedua-dua usus berkongsi struktur umum dengan seluruh usus, dan ianya terdiri dari beberapa lapisan.
Struktur dan fungsi usus dapat digambarkan secara anatomi kasar pada tahap mikroskopik. Lumen adalah satu rongga di mana makanan dicerna apabila melaluinya dan tempat berlakunya penyerapan nutrisi. Kedua-dua usus berkongsi struktur umum dengan seluruh usus, dan ianya terdiri dari beberapa lapisan.
Jika kita melihat keratan rentas lumen, kita akan mendapati lapisan-lapisannya bermula dengan mucosa (kelenjar epithelium dan muscolaris mucosa), submucosa, muscolaris externa dan akhir sekali serosa.

Sepanjang usus di dalam kelenjar epithelium, terdapatnya sel goblet.
Ini merembeskan mukus yang menjadi bahan pelincir untuk pergerakan
makanan (yang sedang dicerna) sepanjang perjalanannya dan melindunginya
dari enzim pencernaan.
Vili adalah vaginasi (lipatan-lipatan) pada mucosa yang bertujuan menambah jumlah luas permukaannya. Ia juga mengandungi lacteal , yang bersambung (berhubung) dengan sistem limfa dan membantu dalam proses penyingkiran lemak dan bendalir tisu dari bekalan darah.
Terdapat mikrovilus pada epithelium
villus (vili-vili) untuk lebih meningkatkan jumlah luas permukaan di
mana lebih banyak penyerapan boleh berlaku.
Lapisan berikutnya adalah muscolaris mucosa yang merupakan lapisan otot-otot longgar yang membantu kesinambungan gelombang peristalsis dan catastalsis di sepanjang usus. Submucosa pula mengandungi saraf-saraf (seperti Meissner’s plexus
), pembuluh-pembuluh darah dan serat elastik dengan kolagen yang
menegang dengan peningkatan kapasiti tapi (berfungsi) mengekalkan bentuk
usus.
Yang mengelilingi bahagian ini adalah muscolaris externa
yang terdiri daripada otot-otot halus dan memanjang, yang juga membantu
kesinambungan gerakan peristalsis dan pergerakan bahan-bahan
tercerna di sepanjang usus dan keluar darinya. Di antara kedua-dua
lapisan otot inilah terletaknya Auerbach’s plexus.
Usus besar manusia dihuni oleh pelbagai jenis bakteria yang sentiasa berhubung dengan molekul-molekul tubuh manusia secara simbiosis. Bakteria-bakteria
ini juga ‘terlibat’ dalam proses penghasilan gas-gas di dalam usus
manusia (ia dilepaskan keluar melalui anus sebagai flatulence atau lebih popular dengan nama kentut).
Walaubagaimanapun, tugas atau fungsi usus
besar lebih tertumpu kepada penyerapan air daripada bahan-bahan yang
dicerna (yang dikawal kelenjar hypothalamus) dan penyerapan semula sodium,
sebagai mana ia menyerap semula nutrien-nutrien yang melepasi (tidak
diserap sepenuhnya) semasa proses pencernaan pertama di ileum.
Credit to : herba4u