Tuesday, 31 December 2013

Anatomi Pencernaan Manusia



Dalam anatomi manusia, usus adalah segmen saluran pencernaan yang memanjang dari mulut melalui perut ke anus.  Pada manusia, usus kecil terbahagi lagi kepada duodenum, jejunum dan ileum, manakala usus besar pula terbahagi kepada sekum dan kolon.

.
Struktur dan fungsi usus dapat digambarkan secara anatomi kasar pada tahap mikroskopik. Lumen adalah satu rongga di mana makanan dicerna apabila melaluinya dan tempat berlakunya penyerapan nutrisi. Kedua-dua usus berkongsi struktur umum dengan seluruh usus, dan ianya terdiri dari beberapa lapisan.

Jika kita melihat keratan rentas lumen, kita akan mendapati lapisan-lapisannya bermula dengan mucosa (kelenjar epithelium dan muscolaris mucosa), submucosa, muscolaris externa dan akhir sekali serosa.


Sepanjang usus di dalam kelenjar epithelium, terdapatnya sel goblet. Ini merembeskan mukus yang menjadi bahan pelincir untuk pergerakan makanan (yang sedang dicerna) sepanjang perjalanannya dan melindunginya dari enzim pencernaan.

Vili adalah  vaginasi (lipatan-lipatan) pada mucosa yang bertujuan menambah jumlah luas permukaannya. Ia juga mengandungi lacteal , yang bersambung (berhubung) dengan sistem limfa dan membantu dalam proses penyingkiran lemak dan bendalir tisu dari bekalan darah.

Terdapat mikrovilus pada epithelium villus (vili-vili) untuk lebih meningkatkan jumlah luas permukaan di mana lebih banyak penyerapan boleh berlaku.

Lapisan berikutnya adalah muscolaris mucosa yang merupakan lapisan otot-otot longgar yang membantu kesinambungan gelombang peristalsis dan catastalsis di sepanjang usus.  Submucosa pula mengandungi saraf-saraf (seperti Meissner’s plexus ), pembuluh-pembuluh darah dan serat elastik dengan kolagen yang menegang dengan peningkatan kapasiti tapi (berfungsi) mengekalkan bentuk usus.

Yang mengelilingi bahagian ini adalah muscolaris externa yang terdiri daripada otot-otot halus dan memanjang, yang juga membantu kesinambungan gerakan peristalsis dan pergerakan bahan-bahan tercerna di sepanjang usus dan keluar darinya. Di antara kedua-dua lapisan otot inilah terletaknya Auerbach’s plexus.

Usus besar manusia dihuni oleh pelbagai jenis bakteria yang sentiasa berhubung dengan molekul-molekul tubuh manusia secara  simbiosis. Bakteria-bakteria ini juga ‘terlibat’ dalam proses penghasilan gas-gas di dalam usus manusia (ia dilepaskan keluar melalui anus sebagai  flatulence atau lebih popular dengan nama kentut).

Walaubagaimanapun, tugas atau fungsi usus besar lebih tertumpu kepada penyerapan air daripada bahan-bahan yang dicerna (yang dikawal kelenjar hypothalamus) dan penyerapan semula sodium, sebagai mana ia menyerap semula nutrien-nutrien yang melepasi (tidak diserap sepenuhnya) semasa proses pencernaan pertama di ileum.

Credit to :  herba4u

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...