Kita sering terdengar kempen kesihatan yang dijalankan oleh kerajaan seperti cara hidup sihat, makan buah-buahan
Hakikatnya pelaksanaan program seperti ini tidak mencapai sasaran yang diingini. Kenapa? Bagi kami, ianya berkait dengan kelemahan sistem perancangan dan pelaksanaan kerajaan dan juga kelemahan masyarakat
Mengikut perangkaan daripada NHMS (Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional), pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31 peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap individu berumur 18 tahun dan ke atas. Terdapat lebih 5.6 juta pesakit dalam negara ini dan 25 peratus darinya mengalami komplikasi kaki yang serius dan memerlukan penjagaan luka yang betul.
Antara faktor penyumbang peningkatan penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia adalah berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet yang tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala.
Bagi menangani masalah yang membimbangkan dan memerlukan perhatian ini, menjelang Januari 2007 hampir 130 hospital pakar dan bukan pakar di seluruh negara akan mempunyai Jawatankuasa Penjagaan Luka kata Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman, Ketua Pengarah Kesihatan..
Persoalannya adalah, apa tanggungjawab anda kepada masyarakat, keluarga, saudara-mara, rakan taulan dan terutamanya kepada diri sendiri dalam
-admin-
No comments:
Post a Comment