Assalamualaikum w.b.t.
Pertamanya kami ingin memanjatkan syukur ke hadrat ilahi di atas limpahan rahmat dan kasihNya dapat kami menghirup udara nyaman
Tidak lupa kepada junjungan nabi s.a.w. yang terlalu sayangkan kami dan kita semua sebagai umatnya, yang berkorban dan bersusah payah
Kami juga ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kerana anda yang sudi melayari blog kami yang tak seberapa hebat ini.Walaupun baru bermula, kami harapkan usaha yang kecil ini terus berpanjangan. Memberi manfaat kepada semua insan dan berpanjangan ke generasi terakhir kelak, semoga dihitung pahala dan keberkatan dariNya. InshaAllah.
Blog ini kami bina sebagai satu langkah bagi menjana pendapatan melalui jaringan internet ke seluruh dunia khasnya kepada kita rakyat Malaysia. Itu adalah realiti. Kerana jika kami tidak berniat begitu, maka jadilah seperti blog yang lain yang tidak tahu arah tuju. Akhir sekali....senyap.
Di dalam blog ini kami ingin berkongsi segala ilmu yang kami ada dan pelajari, maklumat-maklumat dari alam maya, juga isu-isu semasa berkaitan dengan kesihatan. Kesihatan tubuh badan, kesihatan mental dan kesihatan spiritual. Kami bercita-cita menjadi mukmin yang kuat, kerana "orang mukmin yang kuat lebih dikasihi Allah".
Semoga pendahuluan yang baik ini mendapat keredhaan dariNya dan segala komen serta pertanyaan anda, kami ucapkan terima kasih dan akan kami jawab sebaik mungkin. InshaAllah.
Segala yang baik datang dari Allah, segala kekurangan, kelemahan dan kesilapan fitrah hambaNya yang lemah ini
Syukran.
-Admin-
No comments:
Post a Comment