1. Medu angin berpunca
daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan
perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita
yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan
asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan
urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada
angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama
kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu
mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan
seumpamanya.
2. Angin kotor yang terperangkap di
dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak di perut. Angin
kotor yang menyongsong ke atas akan menyebabkan pedih ulu hati dan
mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas.
Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit
kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau
berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk
ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan
besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan
serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami
sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya
besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa (err ngeri la plak).
3. Apabila angin kotor tersebut
masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu.
Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan
sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh
kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak
dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada
penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit
seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.
Petua 1: Amalkan meminum
rebusan akar hempedu bumi. Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan
dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya
tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.
Petua 2: Ambil segenggam daun
gentang guri. Rebus dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan
sapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan
malam.
Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin
- Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara
jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk
sementara waktu:
1. Makanan/Minuman yang Sejuk
- Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
- Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
- Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.
2. Makanan/Minuman Masam (berasid)
- Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
- Daging kerbau.
3. Makanan/Minuman Bergas
a. Durian.
b. Tapai.
c. Air botol/tin bergas.
4. Makanan/Minuman mengandungi Kafein.
a. Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
b. Rokok.
5. Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin
a. Petai, jering dan kerdas.
b. Susu tin (cair, krimer atau pekat manis).
AMALAN LAIN YANG PERLU :
- Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
- Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.
- Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong.
- Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
- Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
- Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan. Lepaskanlah.
Credit to : MissKinuko
No comments:
Post a Comment