Makanan yang kita makan setiap hari bukan sahaja perlu memberikan rasa kenyang tetapi perlu juga memenuhi keperluan kesihatan dan juga gizi yang mencukupi. Kandungan karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air yang lengkap merupakan gizi sempurna yang diperlukan badan setiap hari. Tetapi tidak semua zat makanan terkumpul pada 1 jenis makanan sahaja yang memerlukan kita untuk mempelbagaikan makan kita.
Bagi menghasilkan tenaga dalam badan, makanan yang dimakan perlulah dicerna dengan baik sebelum diserap ke dalam tubuh. Ianya diumpamakan seperti bahan bakar yang diperlukan sesebuah kenderaan untuk bergerak.Perut dan usus merupakan organ yang akan menjalankan proses pencernaan dan penyerapan sebelum bahan makanan yang tersisa dibuang.
Usus dibahagikan 2 iaitu usus kecil dan usus besar.
Anatomi Usus Kecil
Usus kecil terletak antara hujung
bahagian perut hingga pangkal saluran usus besar. Dari segi
saiz, panjangnya adalah lebih kurang 20 kaki (6 meter) dan ia melingkar
di tengah-tengah bahagian abdomen manusia. Sungguhpun panjangnya
menjangkau 6 meter, namun ia masih tidak cukup untuk menyerap seluruh
nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Oleh itu, di dindingnya
terdapat jutaan lipatan-lipatan kecil (villi dan mikrovilli) yang
bertujuan menambah jumlah luas permukaannya.
Pecahan kepada usus kecil ialah duodenum
(sepanjang 25 cm), jejunum (sepanjang 2.5 meter) dan ileum (sepanjang
3.5 meter). Setiap bahagian ini mempunyai tugas dan fungsinya yang
tersendiri.

Fungsi Usus Kecil
Pencernaan Makanan
Usus kecil ialah sebahagian dari saluran
pencernaan di mana makanan akan lumat dan hancur dengan tindakan
enzim-enzim yang ada padanya. Oleh kerana itu, satu tugas yang amat
penting bagi usus kecil ialah menjalankan pencernaan kimia makanan.
Makanan sampai ke bahagian usus kecil melalui tolakan otot-otot kecil
dengan satu gerakan yang dipanggil peristalsis (juga gelombang
peristalsis). Berikut adalah bahan-bahan yang dicerna oleh usus kecil
kita :
1. Karbohidrat
Pencernaan karbohidrat bermula di dalam mulut lagi semasa kita mengunyah makanan.
Apabila kita mengunyah (makanan yang mengandungi) karbohidrat, enzim amilase atau
ptyalin yang ada di dalam air liur memecahkan karbohidrat menjadi gula. Kemudian, ia
bergerak menuju ke usus kecil melalui perut.

2. Protein
Salah satu fungsi utama usus kecil ialah menguraikan protein. Walaupun banyak protein

telah terpecah (ikatannya) di dalam perut dengan tindakan enzim pepsin, namun peptida
protein yang melalui usus akan diuraikan lagi untuk membentuk asid amino.
Enzim proteolytic yang wujud dalam usus kecil kita mengandungi tripsin (trypsin) dan
chymotrypsin yang dirembes oleh pankreas. Ia memecahkan sisa-sisa molekul protein
yang masih ada di usus kecil kepada molekul ikatan peptida yang lebih kecil.

3. Lemak
Fungsi usus kecil yang amat penting adalah memecah dan menyerap lemak atau lipid.
Usus kecil adalah antara satu-satunya tempat di mana lemak dipecah dan diurai kepada
asid lemak dan gliserol. Enzim lipase yang dirembes oleh pankreas bertanggungjawab
memecahkan triglyceride tercerna menjadi monoglyceride. Garam dari hempedu juga
membantu dalam proses pengemulsian lemak.

Penyerapan Makanan
Setelah makanan kita selesai diurai dan
dicernakan, proses yang berlaku seterusnya ialah penyerapan dan
asimilasi makanan. Makanan masuk ke pembuluh-pembuluh darah di dinding
usus secara resapan (diffusion). Usus kecil manusia dilengkapi
unjuran-unjuran mikroskopik yang dikenali sebagai mikrovili, yang
berfungsi meningkatkan jumlah luas permukaan di usus untuk penyerapan
makanan yang optimum.
Vili ini dibekalkan oleh tisu limpa dan
darah dalam kapilari-kapilari. Sel-sel epitel pada vili berperanan
mengangkut nutrisi-nutrisi dari lumen usus kecil ke kapilari dan
pembuluh-pembuluh darah tersebut. Gula dan asid amino dibawa merentasi
kapilari manakala pembuluh limfa (dikenali sebagai lakteal) pula
menyerap lipid dan lemak. Selain karbohidrat, protein dan lemak, usus
kecil juga menyerap bahan-bahan asas lain seperti besi, vitamin B12,
serta ion-ion seperti sodium.
Anatomi Usus Besar

Usus besar bermula dari hujung usus kecil dan berakhir di bahagian anus, dengan panjang kira-kira 5 kaki. Ia jauh lebih besar dari usus kecil dengan diameter 3 inci dan terbahagi kepada 6 bahagian utama (mengikut fungsi) iaitu sekum, kolon menaik, kolon mendatar, kolon menurun, kolon sigmoid dan rektum.
Sekum (cecum)
Terletak di bahagian bawah abdomen sebelah kanan, sekum ialah satu struktur berbentuk beg kantung kecil yang membentuk bahagian pertama usus besar. Ia bersambung dengan bahagian terakhir usus kecil iaitu ileum.

Kolon menaik (ascending colon)
Kolon ialah bahagian terbesar dalam struktur usus besar dan ia bermula dengan kolon menaik ini. Ia dinamakan kolon menaik kerana strukturnya yang menegak ke atas (menuju ke hati). Ia bertemu dengan bahagian kolon mendatar.

Kolon mendatar/melintang (transverse colon)
Kolon mendatar terletak melintang dari kanan ke kiri merintangi abdomen, dan terletak tepat di bawah perut. Ia juga melekat dengan bahagian perut dengan serangkai tisu yang dipanggil greater omentum. Kolon mendatar ini bertemu dengan bahagian kolon menurun.

Kolon menurun (decending colon)
Ia dinamakan kolon menurun kerana strukturnya yang tegak dan menurun ke bawah. Ia terletak di sebelah kiri abdomen dan berakhir di bahagian terakhir kolon iaitu kolon sigmoid.

Kolon Sigmoid (sigmoid colon)
Terletak di bahagian bawah abdomen sebelah kiri, kolon sigmoid ialah struktur berbentuk S yang menghubungkan kolon menurun dengan rektum. Bahagian ini dilapisi otot-otot yang kuat yang dapat memberi kekuatan kepada kolon untuk menolak bahan buangan kepada bahagian rektum.

Rektum (rectum)
Bahagian terakhir usus besar dipanggil rektum. Di sinilah sisa-sisa perkumuhan berbentuk tinja disimpan sehingga dikeluarkan melalui anus. Ia terdiri daripada lapisan-lapisan mukosa tebal dan dibekalkan dengan banyak pembuluh darah.

.
Fungsi Usus Besar
Proses pencernaan makanan telah pun
berlaku di usus kecil, dan hanya penyerapan air serta garam sahaja yang
berlaku di usus besar. Oleh itu, usus besar sangat berperanan dalam
menjaga keseimbangan bendalir dalam badan. Berikut adalah huraian
terperinci mengenai fungsi usus besar mengikut bahagian-bahagiannya:
1. Sekum
Pada titik pertemuan ileum dengan sekum, terdapat injap atau otot sphincter yang
terbuka dan menolak makanan dari ileum kepada sekum yang sedang mengembang.
Sekum menerima makanan yang telah dicerna di usus kecil dan menolaknya ke arah
kolon menaik. Makanan yang diterima adalah berupa serat-serat tidak tercerna dari
makanan yang dimasak, sedikit air, vitamin, mineral dan garam.

2. Kolon
Kolon menjadi perumah kepada pelbagai jenis bakteria yang berguna kepada tubuh
badan. Bakteria-bakteria ini menghasilkan vitamin K yang diperlukan dalam proses
pembekuan darah.

Sel-sel dari lapisan kolon menyerap sebahagian besar air, vitamin dan mineral dari
jisim-jisim lembap dan makanan-makanan tidak tercerna yang diterima dari sekum.
Dengan tindakan otot, najis dan makanan-makanan tidak tercerna dibawa melalui
kolon untuk sampai ke rektum. Penghapusan bahan sisa bertoksik dalam bentuk tinja
adalah salah satu fungsi utama usus besar.

3. Rektum
Rektum menerima kotoran/ najis dan menyimpannya sehinggalah ia dikeluarkan
melalui anus, bahagian terakhir dalam sistem pencernaan manusia.

Credit to : herba4u
No comments:
Post a Comment