Monday, 13 January 2014

Pelbagai jenis perawatan buasir mengikut kondisi pesakit





Ada berbagai cara perawatan buasir yang biasanya tergantung kepada tahap buasir yang di hidapi pesakit. Rawatan awal adalah dengan menasihati cara pemakanan yang betul iaitu pengambilan sayuran, buah-buahan, serat dan air yang banyak bagi memastikan najis sentiasa lembut. Elakkan meneran yang kuat semasa membuang air besar dan jauhkan perangai membuang air besar sambil membaca atau mendengar muzik.

Ubat membantu pengecutan buasir seperti Daflon, ubat tahan sakit serta ubat suppository (anucare) untuk dimasukkan ke dubur adalah antara rawatan biasa yang ada untuk buasir.

Pengubatan dengan ubat hanya bertujuan untuk mengurangi gejala buasir itu sahaja. Hal-hal yang biasa dicuba antaranya adalah rendam dengan air suam  selama 10 minit, penggunaan krim hemorrhoid atau ubat suppository (anucare) ke kawasan yang terkena buasir selama waktu tertentu. Pencegahan rekurensi buasir atau hemorrhoid dilakukan dengan cara mengurangi tekanan di kawasan rectum dan meneran kerana konstipasi.

Biasanya doktor akan menganjurkan untuk meningkatkan konsumpsi serat dan cairan. Minum serat yang tepat dan minum air 6-8 gelas sehari dapat membuat najis lebih lembut. Najis  yang lembut membuat proses defekasi lebih mudah dikeluar. Proses meneran yang minimal membantu mencegah buasir membonjol. Sumber serat yang baik antaranya adalah buah-buahan dan fiber “whole grains”. Sebagai tambahan doktor mungkin juga akan memberikan ubat melembutkan najis yang berfungsi membuat najis lebih lembut atau suplemen serat seperti psylium atau methylcellulose.


RUBBER BANDING (Mengikat Dengan Getah)

Ikatan dengan getah di pangkal buasir akan menghentikan darah mengalir  ke kawasan yang tersepit dan akhirnya  kawasan tersebut akan mati dan terlepas sendiri dalam 7 hari ke saluran dubur dan dikeluarkan bersama najis semasa membuang air besar. Tempat ikatan tersebut akan terjadi ulcer dan mengambil masa seminggu untuk pulih semula.rawatanbuasir001

Teknik ini adalah sangat sesuai hanya untuk buasir dalaman perengkat I dan II sahajadan dapat dilakukan di bilik rawatan klinik sahaja. Buasir perengkat III, IV dan buasir luaran tidak boleh langsung dirawat dengan teknik ini.





INJEKSI SKLEROTERERAPY
Untuk mengecutkan  buasir dan pembuluh darah ubat diinjeksikan secara langsung ke membranerawatanbuasir002 mukosa di pangkal bonjolan buasir, cara ini hanya efektif untuk buasir berukuran kecil perengkat I.Untuk perengkat  2 hingga perengkat 4 dan buasir luaran, teknik ini tidak sesuai digunakan kerana terbukti kurang efektif





SUPER FREEZE (CRYOTHERAPY)

Peralatan kriogenik menggunakan nitrogen cair untuk membekukan dengan ’super freeze’ bonjolan buasir. Hal ini menyebabkan bonjolan yang terkena nitrogen cair mati dan terlepas dalam 7 hari dan terbentuk ulcer yang pulih dalam 1ke 2 minggu. Teknik ini efektif bila digunakan untuk buasir luaran (external) sahaja.

KOAGULASI BIPOLAR & UNIPOLAR

Elektroterapi bipolar digunakan untuk memberikan kesan koagulasi secara langsung di kawasan membran mukosa didekat bonjolan buasir atau hemorrhoid. Specialized Bipolar Circumactive Probes (BICAP) sangat efektif untuk mengurangkan pendarahan pada buasir luaran atau buasir dalaman. Desain probe dibuat khusus sehingga efektif untuk menghentikan perdarahan.

Kelebihan terapi ini adalah kesan sampingan minimal, sakit minimal, tanpa pembedahan tetapi kekurangannya adalah perlukan terapi lebih dari satu kali. Kadang-kadang memerlukan sampai 3-5 kali rawatan untuk mencapai kesan terapi yang diinginkan.

Untuk Elektroterapi unipolar seperti ‘Ultroid’ ianya juga berkesan dan selamat digunakan tetapi kurang selesa bagi doktor dan pesakit kerana pesakit dalam kedudukan litotomi (seperti melahirkan anak kemudian dimasukkan anoskop Ultroid selama lebih dari 15 minit dan doktor yang menggunakannya juga harus menahan alat tersebut ditempatnya selama 15 minit. Oleh kerana itu, alat ini dirasa kurang popular. Pernah juga dilaporkan timbulnya fistula dengan menggunakan terapi ini.

HEMORRHOIDOLYSIS

Gelombang galvanic yang berfungsi terapeutik diletakkan secara langsung ke bonjolan buasir atau hemorroid, hal ini menghasilkan reaksi kimia yang membuat bonjolan buasir mengecut dan melarut. Teknik ini sangat berkesan untuk buasir dalaman sahaja.
 
Teknik ini tidak boleh digunakan untuk buasir luaran dan kelainan lain, selain itu memerlukan terapi lebih dari satu kali untuk mencapai hasil yang dikehendaki.





STAPLED HAEMORRHOIDOPEXY – the "painless" piles surgery

rawatanbuasir004Teknik rawatan menggunakan  ‘circular stapled’  ini adalah antara yang terbaru dan tidak begitu menyakitkan dan lebih cepat penyembuhan, Cuma masalahnya agak terlalu mahal. Pemotongan dilakukan dibahagian atas rectal sepanjang sekitar 2.0cm akan di buang dan di hubungkan semula dengan stapled  secara ‘circumferential’.
rawatanbuasir005Disebabkan ‘circumferential cut’, kesemua buasir seolah-olah dirawat dengan terangkatnya keseluruhan ‘anal cushion’ sekitar 2.0cm, Cuma ‘skin tags’ dan buasir luaran tetap tidak hilang.  Komplikasi pendarahan, fibrous stricture of rectum, spasm of anal canal,  dan termasuk juga infeksi di dalam Abdomen serta kebocoran rectum.
 




 
KONVESIONAL HAEMORROIDECTOMY

Pembedahan buasir adalah dilaporkan sebagai prosedur yang paling menyakitkan. Kebanyakan pesakit mendengar cerita dan pengalaman daripada kawan ataupun saudara yang pernah menjalani pembedahan haemorroidectomy menderita kesakitan bermingu-minggu selepas pembedahan terutamanya sakit yang amat sangat ketika membuang air besar dan selepasnya serta  ketidak selesaan untuk duduk ataupun berjalan untuk tempoh 4 ke 6 minggu.

rawatanbuasir006Pembedahan Haemorroidectomy ini adalah teknik yang biasa dilakukan dan ianya merupakan teknik ‘gold standard’ didalam rawatan buasir. Pembedahan buasir adalah dilakukan dengan memotong bahagian yang amat sensitif di bahagian kulit dubur dan dasar buasir sehingga semua nya dibuangkan. Bahagian kulit yang di potong ini kebiasaannya tidak di jahit semula dan dibiarkan terbuka sahaja untuk proses pemulihan secara semula jadi berlaku.

Pangkal buasir dan beberapa sumber urat darah akan diikat dengan benang jahitan bagi menghentikan pendarahan. Ikatan-ikatan ini yang akan menyebabkan pesakit terasa teramat sakit selepas pembedahan terutamanya hendak membuang air besar dan selepas nya. Ini disebabkan struktur dubur adalah dinamik dengan adanya ‘anal spchinter’, sebarang jahitan atau ikatan akan menimbulkan ‘tension’ terutama nya ketika anal spchinter dibuka atau pun ditutup.

rawatanbuasir007Luka yang terbuka ini akan sentiasa menyebabkan kesakitan dan juga mudah terdedah kepada risiko infeksi serta pendarahan. Jahitan kepada luka tersebut tidak digalakkan untuk mengelakkan terbentuk ‘abscess’ dan ‘anal stricture’.

Berbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah kesakitan pembedahan buasir, antaranya penggunaan ‘diathermy’, ‘an electric knife’, ultrasonics machines dan laser tapi ‘healing’ dan kesakitan tetap menjadi masalah utama. 




RAWATAN OLEH TABIB CINA DAN AYURVEDA

Ramai pesakit-pesakit yang menderita buasir kecewa dengan memakan ‘Daflon’ dan menggunakan ubat peluru tidak juga baik-baik dan untuk dioperasi mereka takut, akhirnya mereka mencari rawatan-rawatan  yang terdapat di internet.

Ketahuailah kebanyakan rawatan alternatif yang banyak diiklankan di internet adalah merupakan rawatan yang tidak di amalkan oleh doktor-doktor perubatan bertauliah. Bentuk rawatan yang biasa mereka lakukan adalah dengan memberikan herba-herba tertentu secara pemakanan atau minuman bagi mengecut dan mengurangkan kesakitan serta persediaan krim campuran herba untuk disapu kepada tempat buasir tersebut.

Terdapat juga pengamal perubatan alternatif ini yang lebih berani dengan menggunakan kaedah suntikan sclerosant, Ligasi atau pun kriogenik seperti yang diterangkan diatas. Rawatan ini seharusnya hanya boleh di amalkan oleh doktor yang bertauliah sahaja kerana kesan sampingan dan komplikasinya yang boleh membawa kepada mudarat yang teruk. 

RAWATAN DENGAN LASER SAFUTE BEIM
 
Kesemua rawatan buasir diatas ada kekurangan dan kelemahan nya yang tersendiri, manakala Laser Safute mampu menawarkan rawatan yang terbaik dengan menyediakan teknologi terbaru dan tercanggih dalam perawatan buasir.

rawatanbuasir008Laser Safute BEIM membuat bonjolan tisu buasir menjadi kering, keras dan membeku dengan teknologi BEIM (Biological Electrical Impedance Automeasurement) sehingga buasir yang dipotong tidak menimbulkan perdarahan dan persarafan pun tertutup oleh kolagen yang dicairkan sehingga menyebabkan rasa sakit yang amat berkurangan.

Doktor juga dapat lebih cepat melakukan rawatan kerana tidak ada pendarahan dan tidak perlu jahitan dan pesakit pun dapat pulang kerana menurut penelitian besar 98% pesakit tidak memerlukan rawatan di Hospital dan boleh pulang kerana risiko kesakitan dan pendarahan terlalu minimal.
rawatanbuasir009Singkatannya Safute BEIM seselamat cara rawatan buasir tanpa surgery tetapi memberikan kesan yang sama dengan kesan rawatan surgery dan dengan pembiayaan yang jauh lebih rendah  kerana tidak perlu rawatan di Hospital. Bahkan pesakit boleh pulang dan kesakitan dan pendarahan selepas rawatan safute BEIM adalah minimal dan  hampir 0%.

credit to : klinikbuasir.com

Kaedah mencegah terjadinya buasir

Semua orang tahu dan faham bahawa mencegah itu lebih baik dari merawat, tetapi tidak ramai antara kita yang ambil kisah sangat tentang langkah-langkah pencegahan sesuatu penyakit sehingga mereka diserang sesuatu jenis penyakit. Malah ramai pesakit-pesakit yang telah mengalami dan menderita penyakit buasir tidak mengendahkan sangat tentang teramat penting nya tentang mencegah dan mengawal perkara-perkara berikut:

1.     Menjaga corak pemakanan yang sihat
 
2.     Bersenam dan Olahraga dapat membantu mencegah sembelit
 
3.    Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
 
4.     Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
 
5.    Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
 
6.  Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut
 
7.     Elakan ’meneran’ terlalu kuat semasa membuang air besar, ini dapat dicegahkan dengan memastikan najis anda sentisa lembut dan juga dengan duduk secara ’mencangkung’ semasa membuang air besar. Membuang air besar secara duduk adalah tidak melancarkan proses defekasi dan anda perlu meneran lebih kuat untuk mengeluarkan semua najis anda.
 
8.   Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

Cara terbaik mencegah buasir adalah untuk menjaga najis tetap lembut, tidak menahan membuang air besar dan serendah mungkin meneran diwaktu membuang air besar. Olahraga termasuk berjalan dan mengambil makanan tinggi serat membantu mengurangi konstipasi dan keperluan meneran dengan cara membuat najis lebih lembut dan lebih mudah keluar.

Kebanyakan daripada kita hanya berminat untuk mendapatkan ‘quick fixed’ iaitu bila mendapat buasir baru perlu dirawat dan baik tanpa mahu turut sama secara aktif dalam mencegah penyakit itu dari berulang lagi. Tidak ada rawatan buasir dalam dunia ini yang menjamin buasir itu tidak akan berulang kembali sekiranya pesakit tidak merubah polar pemakanan dan tabiat membuang air besar. Memastikan tiada konstipasi dan  tidak meneran adalah kunci kepada pencegahan terjadinya buasir.
 
credit to : klinikbuasir.com

Sunday, 12 January 2014

Penyebab awal berlakunya buasir

Salah satu penyebab utama buasir adalah kebiasaan meneran yang berlebihan saat membuang air besar yang kemungkinan diakibatkan oleh konstipasi dan tabiat duduk di toilet terlalu lama sambil membaca atau mendengar muzik.


PENYEBAB UTAMANYA

■  Sentiasa duduk

■ Meneran (ketika najis keras atau sembelit) Salah satu penyebab utama buasir adalah kebiasaan meneran yang berlebihan diwaktu  membuang air besar yang kemungkinan diakibatkan oleh konstipasi.

■  Cirit-birit

■  Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama sambil membaca    atau mendengar muzik

■  Batuk yang teruk

■  Bersalin

■  Mengangkat berat

Faktor lain yang termasuk diantaranya adalah Kehamilan, Proses Penuaan, Konstipasi Kronik atau Diarrhea serta Hubungan Sex melaluai Anal. Buasir sering terjadi di dalam ahli keluarga, jadi Faktor Keturunan adalah salah satu faktor penting terutamanya apabila buasir terjadi pada umur yang agak muda.
Faktor lain yang termasuk diantaranya adalah Kehamilan, Proses Penuaan, Konstipasi Kronik atau Diarrhea serta Hubungan Sex melaluai Anal. Buasir sering terjadi di dalam ahli keluarga, jadi Faktor Keturunan adalah salah satu faktor penting terutamanya apabila buasir terjadi pada umur yang agak muda.

credit to : klinikbuasir.com

Kenalpasti awal buasir & rawatan bersesuaian


ANAL FISSURE (luka pada lubang dubur)



Anal fissure adalah retak atau luka pada jaringan sensitif lubang dubur. Penyakit ini dapat terjadi pada semua umur namun paling sering terjadi pada bayi, anak-anak dan orang dewasa di atas 60 tahun dan lebih sering terjadi pada perempuan dari pada laki-laki.
 
PENYEBAB

1.  Regangan anus yang melebihi kebiasaannya, misalnya kerana najis nya sangat besar dan keras

2. Adanya keadaan di mana anus akan kehilangan keelastikannya dan terjadi tisu fibrosis, misalnya ada polip, hemorhoid, skin tag (lipatan kulit yang tadinya normal kemudian menebal). Perkara  ini sering terjadi pada anak-anak yang sering meneran kuat, misalnya kesulitan buang air besar atau kecil.

3. Luka karena trauma daerah anus seperti aktiviti sex melalui anal.

GEJALA

1. Rasa sakit nyeri ketika mengeluarkan najis yang keras atau besar.

2. Ada kesan-kesan  darah merah di kertas toilet, seluar dalam ataupun pampers.

3. Gatal di sekitar dubur.

FAKTOR RESIKO
 
  • Sembelit.
  • Beberapa kehamilan. 
PENCEGAHAN

Anal fissure dapat di cegah dengan memastikan tiada masalah sembelit. Diantara perkara-perkara yang mudah dilakukan untuk mencegah sembelit adalah dengan minum air  sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, banyak mengambil makanan yang kaya serat seperti sayuran dan buah-buahan. Ubat untuk melembutkan najis berserta fibers juga dapat membantu.

Hindari dari meneran dengan kuat semasa membuang air besar dapat mencegah terjadi anal fissure ataupun menerukkan buasir.
 
DIAGNOSA DAN PENGOBATAN

Doktor akan mengambil sejarah perubatan pesakit dan melakukan pemeriksaan fisikal untuk mendignosa anal fissure. Ini biasanya sudah memadai, tetapi pemeriksaan anus dan rektum dengan anoscope ataupun sigmoidoscope mungkin diperlukan kalau ada masalah lain yang mungkin di fikirkan seperti Chron’s diseases atau kanser colorectal.

Doktor biasa tidak akan melakukan pemeriksaan dengan jari kerana keadaan anal fissure biasanya sangat menyakitkan.

Sekiranya mengambil serat, minum lebih air, bersenam dan mengambil pelembut najis maseh juga tidak berkesan maka doktor akan mencadangkan perkara berikut:
·     Fiber supplements. 
Mengambil fiber secara berterusan akan memastikan najis anda lembut dan mudah untuk dikeluarkan jadi ini dapat mencegah iritasi kepada luka tersebut.
·     Sitz baths. 
Merendam punggong didalam air suam sekitar 10 to 20 minit  beberapa kali sehari terutamanya  setiap kali selepas membuang air besar dapat membantu ‘relax the sphincter’ dan mengalakkan proses pemulihan. Jangan gunakan sabun, ini mungkin akan menambahkan iritasi kepada tempat luka tersebut. 
·     Krim berubat. 
Doktor anda akan memberikan kream ataupun ointment untuk disapu kepada tempat tersebut eg: Anusol-HC, zinc oxide, others. Ini akan dapat mengurangkan kesakitan daripada luka tersebut. 
·     Nitrogylcerin. 
Sapuan nitroglycerin ointment kepada dubur dapat membantu peningkatan pengaliran darah kekawasan anal fissure dan merangsangkan proses pemulihannya. Rawatan ini juga dapat mengurangkan tekanan kepada 'anal sphincter' dan mengurangkan 'spasm' dan juga kesakitan. Kesan sampingan adalah sakit kepala, rendah tekanan darah dan pening kepala (dizziness). 
·     Botox. 
Suntikan botox dalam dos yang kecil kepada otot anal sphincter dapat melemahkan nya untuk tempoh 4 ke 6 bulan bagi mengatasi masalah ‘spasm’ dan merangsang pemulihan luka tersebut

·     Calcium channel blockers. 
     Ubat tekan darah tinggi seperti nifedipine (Adalat)dan diltiazem (Cardizem), yang di makan atau pun yang dalam bentuk gel/cream yang disapu kepada fissure dapat membantu pemulihan .
 
Pembedahan  

Sekiranya anda mengalami kronik anal fissure yang tidak baik dengan segala rawatan diatas, maka pembedahan adalah pilihan terbaik untuk anda. Pemotongan tisu ‘anal fissure’ dan juga pemotongan sebahagian otot ‘anal sphinter’ bagi mengurangkan ‘spasm’ , kesakitan dan mengalakkan pemulihan. Teknik SAFUTE BEIM mampu menawarkan yang terbaik dalam merawat anal fissure ini kalau dibandingkan dengan teknik konvensional.



FISTULA








SKIN TAG

ABSCESS

CONDYLOMA

PRURITUS ANI


ABSCESS
FISTULA

 Credit to : klinikbuasir.com

Saturday, 11 January 2014

Jenis-jenis buasir yang ditakuti

Ada dua jenis buasir iaitu dalaman dan luaran.
 
jenisbuasir001Buasir atau hemorrhoids boleh di kategorikan kepada dua kumpulan iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.  Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.

• Buasir Dalaman:

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh pecah dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. Buasir dalaman ini juga boleh menyebabkan pesakit merasa ada ‘ketumbuhan’ (prolapse) terkeluar dilubang anus mereka terutama ketika membuang air besar.

• Buasir Luaran:

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya

Internal haemorroids boleh dibahagikan kepada 4 bahagian(stage):

 
Stage I  : Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar
   
jenisbuasir002 
Stage II  : Buasir terkeluar dan boleh masukkan dengan sendirinya, samada berdarah atau tidak












jenisbuasir003Stage III : Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula ke dalam dengan jari, samada berdarah atau tidak   
 
Stage IV : Buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula
 
Dalam praktik klinikal sebenarnya presentasi pesakit biasanya bercampur-campur diantara perengkat –perengkat diatas dan kebanyakan orang hanya mendapatkan pemeriksaan setelah bertahun-tahun mengalami buasir. Jadi kes buasir kronik biasanya terdapat ‘skin tags’ yang tidak sekata, ‘external haemorroids’, ‘polyp’ (fibroepithelial polyps dan hypertrophic papillae) ataupun terdapat juga ‘anal fissures’ dan ‘fistula’.
Buasir kronik juga boleh terdapat lebih dari 3 tempat klasik mengikut saluran vena di jam 3, 7 dan jam 11  malah boleh meliputi di sekeliling anus.

jenisbuasir004


Credit to : klinikbuasir.com


















Kesan buasir kepada aktiviti seharian



gejalabuasir001Banyak gangguan anorektal termasuk fissura, fistula, abses atau iritasi dan gatal (pruritus anus) memiliki gejala yang serupa dan seringkali disalah diagnosa dengan buasir. Buasir biasanya tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Sangat jarang seorang penderita mengalami pendarahan yang sangat teruk  sehingga menimbulkan anemia teruk atau kematian. Banyak kes gejala buasir cenderung berulang dan seringkali lebih buruk dari sebelumnya. Dan satu hal lagi yang mesti diketahui, ramai  sekali orang yang menderita buasir tetapi tidak semuanya bergejala.



Gejala yang paling umum dari buasir dalaman (internal) adalah percikan darah merah segar yanggejalabuasir002 menitis setelah membuang air besar. Buasir dalaman (internal) cenderung membonjol keluar dari anus dan akhirnya  terjadi iritasi dan kesakitan. 

gejalabuasir003Gejala dari buasir luaran (external) termasuk pembengkakan yang sakit atau tidak sakit ataupun bonjolan keras disekitar anus akibat adanya pembekuan darah. Keadaan ini dikenali sebagai ‘thrombosed haemorroid’.

Sebagai tambahan, meneran berlebihan, menggosok atau membersihkan daerah anus dapat menimbulkan iritasi dengan pendarahan dan gatal.









 Perkara yang perlu diberi perhatian bahawa gejala barah juga  boleh terjadi seperti gejala buasir gejalabuasir004maka adalah penting dilakukan pemeriksaan oleh doktor bertauliah. 

Credit to : klinikbuasir.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...