ANAL FISSURE (luka pada lubang dubur)
Anal
fissure adalah retak atau luka pada jaringan sensitif lubang dubur.
Penyakit ini dapat terjadi pada semua umur namun paling sering terjadi
pada bayi, anak-anak dan orang dewasa di atas 60 tahun dan lebih sering
terjadi pada perempuan dari pada laki-laki.
PENYEBAB
1. Regangan anus yang melebihi kebiasaannya, misalnya kerana najis nya sangat besar dan keras
2.
Adanya keadaan di mana anus akan kehilangan keelastikannya dan terjadi
tisu fibrosis, misalnya ada polip, hemorhoid, skin tag (lipatan kulit
yang tadinya normal kemudian menebal). Perkara ini sering terjadi pada
anak-anak yang sering meneran kuat, misalnya kesulitan buang air besar
atau kecil.
3. Luka karena trauma daerah anus seperti aktiviti sex melalui anal.
1. Rasa sakit nyeri ketika mengeluarkan najis yang keras atau besar.
2. Ada kesan-kesan darah merah di kertas toilet, seluar dalam ataupun pampers.
3. Gatal di sekitar dubur.
FAKTOR RESIKO
- Sembelit.
- Beberapa kehamilan.
PENCEGAHAN
Anal
fissure dapat di cegah dengan memastikan tiada masalah sembelit.
Diantara perkara-perkara yang mudah dilakukan untuk mencegah sembelit
adalah dengan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, banyak
mengambil makanan yang kaya serat seperti sayuran dan buah-buahan. Ubat
untuk melembutkan najis berserta fibers juga dapat membantu.
Hindari dari meneran dengan kuat semasa membuang air besar dapat mencegah terjadi anal fissure ataupun menerukkan buasir.
DIAGNOSA DAN PENGOBATAN
Doktor
akan mengambil sejarah perubatan pesakit dan melakukan pemeriksaan
fisikal untuk mendignosa anal fissure. Ini biasanya sudah memadai,
tetapi pemeriksaan anus dan rektum dengan anoscope ataupun sigmoidoscope
mungkin diperlukan kalau ada masalah lain yang mungkin di fikirkan
seperti Chron’s diseases atau kanser colorectal.
Doktor biasa tidak akan melakukan pemeriksaan dengan jari kerana keadaan anal fissure biasanya sangat menyakitkan.
Sekiranya
mengambil serat, minum lebih air, bersenam dan mengambil pelembut najis
maseh juga tidak berkesan maka doktor akan mencadangkan perkara
berikut:
· Fiber supplements.
Mengambil
fiber secara berterusan akan memastikan najis anda lembut dan mudah
untuk dikeluarkan jadi ini dapat mencegah iritasi kepada luka tersebut.
· Sitz baths.
Merendam
punggong didalam air suam sekitar 10 to 20 minit beberapa kali sehari
terutamanya setiap kali selepas membuang air besar dapat membantu
‘relax the sphincter’ dan mengalakkan proses pemulihan. Jangan gunakan
sabun, ini mungkin akan menambahkan iritasi kepada tempat luka tersebut.
· Krim berubat.
Doktor
anda akan memberikan kream ataupun ointment untuk disapu kepada tempat
tersebut eg: Anusol-HC, zinc oxide, others. Ini akan dapat mengurangkan
kesakitan daripada luka tersebut.
· Nitrogylcerin.
Sapuan
nitroglycerin ointment kepada dubur dapat membantu peningkatan
pengaliran darah kekawasan anal fissure dan merangsangkan proses
pemulihannya. Rawatan ini juga dapat mengurangkan tekanan kepada 'anal
sphincter' dan mengurangkan 'spasm' dan juga kesakitan. Kesan sampingan
adalah sakit kepala, rendah tekanan darah dan pening kepala
(dizziness).
· Botox.
Suntikan
botox dalam dos yang kecil kepada otot anal sphincter dapat melemahkan
nya untuk tempoh 4 ke 6 bulan bagi mengatasi masalah ‘spasm’ dan
merangsang pemulihan luka tersebut
· Calcium channel blockers.
Ubat tekan darah tinggi seperti nifedipine (Adalat)dan diltiazem (Cardizem), yang di makan atau pun yang dalam bentuk gel/cream yang disapu kepada fissure dapat membantu pemulihan .
Ubat tekan darah tinggi seperti nifedipine (Adalat)dan diltiazem (Cardizem), yang di makan atau pun yang dalam bentuk gel/cream yang disapu kepada fissure dapat membantu pemulihan .
Pembedahan
Sekiranya anda mengalami kronik anal fissure yang tidak baik dengan segala rawatan diatas, maka pembedahan adalah pilihan terbaik untuk anda. Pemotongan tisu ‘anal fissure’ dan juga pemotongan sebahagian otot ‘anal sphinter’ bagi mengurangkan ‘spasm’ , kesakitan dan mengalakkan pemulihan. Teknik SAFUTE BEIM mampu menawarkan yang terbaik dalam merawat anal fissure ini kalau dibandingkan dengan teknik konvensional.
FISTULA
SKIN TAG
ABSCESS
CONDYLOMA
PRURITUS ANI
ABSCESS
FISTULA
Credit to : klinikbuasir.com
No comments:
Post a Comment