Semua
orang tahu dan faham bahawa mencegah itu lebih baik dari merawat,
tetapi tidak ramai antara kita yang ambil kisah sangat tentang
langkah-langkah pencegahan sesuatu penyakit sehingga mereka diserang
sesuatu jenis penyakit. Malah
ramai pesakit-pesakit yang telah mengalami dan menderita penyakit buasir
tidak mengendahkan sangat tentang teramat penting nya tentang mencegah
dan mengawal perkara-perkara berikut:
1. Menjaga corak pemakanan yang sihat
2. Bersenam dan Olahraga dapat membantu mencegah sembelit
3. Jika
pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu
bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam.
Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan
langsung dari rektum.
4. Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
5. Dapatkan
rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana
buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
6. Jadikan
sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam
tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit,
ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari
buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda
sentiasa lembut
7. Elakan
’meneran’ terlalu kuat semasa membuang air besar, ini dapat dicegahkan
dengan memastikan najis anda sentisa lembut dan juga dengan duduk secara
’mencangkung’ semasa membuang air besar. Membuang air
besar secara duduk adalah tidak melancarkan proses defekasi dan anda
perlu meneran lebih kuat untuk mengeluarkan semua najis anda.
8. Jika
langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit
merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah
sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat
mengazabkan.
Cara
terbaik mencegah buasir adalah untuk menjaga najis tetap lembut, tidak
menahan membuang air besar dan serendah mungkin meneran diwaktu membuang
air besar. Olahraga termasuk berjalan dan mengambil makanan tinggi
serat membantu mengurangi konstipasi dan keperluan meneran dengan cara
membuat najis lebih lembut dan lebih mudah keluar.
Kebanyakan daripada kita hanya berminat untuk mendapatkan ‘quick fixed’ iaitu
bila mendapat buasir baru perlu dirawat dan baik tanpa mahu turut sama
secara aktif dalam mencegah penyakit itu dari berulang lagi. Tidak ada
rawatan buasir dalam dunia ini yang menjamin buasir itu tidak akan
berulang kembali sekiranya pesakit tidak merubah polar pemakanan dan
tabiat membuang air besar. Memastikan tiada konstipasi dan tidak
meneran adalah kunci kepada pencegahan terjadinya buasir.
credit to : klinikbuasir.com
No comments:
Post a Comment