Ada dua jenis buasir iaitu dalaman dan luaran.
• Buasir Dalaman:
Lazimnya,
buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke
dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan
dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan
permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh
pecah dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang
berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika
keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah
tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser
kolorektum. Buasir dalaman ini juga boleh menyebabkan pesakit merasa ada
‘ketumbuhan’ (prolapse) terkeluar dilubang anus mereka terutama ketika
membuang air besar.
• Buasir Luaran:
Buasir
jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala
seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit
(bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya
menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang
menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.
Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan
terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan
sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan
atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya
Internal haemorroids boleh dibahagikan kepada 4 bahagian(stage):
Stage I : Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar
Stage II : Buasir terkeluar dan boleh masukkan dengan sendirinya, samada berdarah atau tidak
Stage IV : Buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula
Dalam
praktik klinikal sebenarnya presentasi pesakit biasanya
bercampur-campur diantara perengkat –perengkat diatas dan kebanyakan
orang hanya mendapatkan pemeriksaan setelah bertahun-tahun mengalami
buasir. Jadi kes buasir kronik biasanya terdapat ‘skin tags’ yang tidak
sekata, ‘external haemorroids’, ‘polyp’ (fibroepithelial polyps dan
hypertrophic papillae) ataupun terdapat juga ‘anal fissures’ dan
‘fistula’.
Buasir
kronik juga boleh terdapat lebih dari 3 tempat klasik mengikut saluran
vena di jam 3, 7 dan jam 11 malah boleh meliputi di sekeliling anus.
|
||||
Credit to : klinikbuasir.com | ||||
Saturday, 11 January 2014
Jenis-jenis buasir yang ditakuti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment