Dari
kecil dulu aku dah diajar oleh mak aku untuk kencing dan berak secara
mencangkung terutamanya apabila guna tandas awam. Kalau dulu tidak
menjadi masalah kerana dimana-mana maseh terdapat tandas mencangkung dan
maseh tidak banyak tandas duduk. Ini kerana masalah kebersihan dan
terlalu ramai orang yang menggunakan tandas awam yang mempunyai pelbagai
jenis warna kulit dan jenis ragam dan boleh membawa berbagai penyakit
yang berjangkit.
Dan sampai sekarang pun kalau aku pergi tandas awam, mesti aku akan cari dulu tandas mencangkung . Kalau ada orang guna pun, aku akan tunggu dan kalau tak ada, tandas mangkuk adalah pilihan terakhir aku tapi purata aku guna tandas mangkuk adalah sangat tipis.
Sekarang
ini hampir semua tempat hanya memasang tandas mangkuk termasuk pejabat,
shooping mall, airport dan juga surau dan masjid jadi untuk berak
dengan duduk mencangkung adalah merupakan masalah besar. Budaya
masyarakat sekarang telah berubah dan hampir tidak mengenali tandas
berak mencangkung!!!
Kalau
aku terpaksa guna jugak tandas mangkuk, aku akan pastikan pelapik tu
aku jirus dengan air dulu dan kemudian laplap dengan tisu dan juga alas
dengan tisu baru aku boleh duduk. Jaga kebersihan baii!
Kelebihan
menggunakan tandas mencangkung bukan hanya setakat menghindari kotoran
tandas awam saja sebenar nya tetapi banyak faedah dan khasiat kesihatan
serta penyakit penyakit kronik yang dapat kita cegah dan atasi dalam
jangka waktu panjang.
Di
dalam islam adalah sunat untuk kencing dan berak secara mencangkung.
Bagi lelaki seharusnya kencing sambil mencangkung dan selepas habis
kencing harus berdehem-dehem sebanyak 3 kali. Berdehem 3 kali sambil
kencing berdiri tidak menjamin semua air kencing habis dikeluarkan.
Begitu juga perempuan amat sesuai dan semula jadi dengan kencing
mencangkung dan sesudahnya mengurut sedikit bahagian dibawah perut
(bawah pada pusat).
Berak
atau membuang air besar juga dituntut untuk duduk secara mencangkung
sama ada lelaki atau wanita. Mencangkung ini dapat memastikan najis
keluar dengan lawas dan habis kesemuanya. Sebenarnya berak mencangkung
ini mengikut sunnah nabi dan ada dinyatakan masa mencangkung tu, harus
mengiring sedikit ke kiri atau tekan bawah perut sebelah kiri kalau
rasa-rasa najis tu degil nak keluar. Mengiring ke kiri memudahkan najis
itu keluar dengan lancar tanpa tersekat-sekat.
Sekiranya
anda berak secara duduk ditandas mangkuk, kedua-dua peha anda tertutup
rapat, bontot anda tidak terbuka sepenuhnya dan lubang dubur anda
langsung tidak terbuka jadi adalah susah untuk membersihkan dengan
betul terutama di bahagian kedutan-kedutan di dinding anus. Tidak
mengherankan banyak pesakit-pesakit yang apabila saya pereksa anusnya
maseh terdapat cebisan dan sisa-sisa najis di antara kedutan-kedutan
dinding anusnya. Yang jelas nya sisa-sisa najis ini menyebabkan
sembahyang kita dalam keadaan berhadas.
Begitu
juga ketika mandi wajib, kalau kita mandi menggunakan ‘shower’ dan
hanya berdiri sahaja maka adalah di was waskan bahawa mandi wajid anda
tidak sah. Ini kerana bahagian lubang anus anda tidak akan terkena air
untuk dibersehkan jadi anda seharusnya duduk mencangkung untuk membuka
celah punggong anda (terutama untuk orang yang gemuk) dan membuka lubang
anus anda supaya air dapat sampai kesana dan membersehkannya, baru lah
mandi hadas besar anda menyakinkan
Secara
kesihatan, banyak penyakit-penyakit kronik yang sukar ataupun tiada
rawatan nya yang kebanyakan nya berpunca dari berak duduk ditandas
moden!!
Tujuh kelebihan tandas mencangkung:
1. Pembuangan
najis lebih cepat, mudah dan lawas semuanya. Dapat mencegah "fecal
stagnation," yang merupakan punca asas kepada 'colon cancer',
'appendicitis' dan 'inflammatory bowel disease'.
2. Mencegah rangkaian saraf yang mengawal 'prostate', 'bladder' dan 'uterus' daripada teregang dan rosak .
3. Mencangkung
dapat menyokong dan menutup rapat injap ‘ileocecal’ yang terletak
antara usus kecil dan kolon. Dalam situasi berak duduk ditandas mangkuk,
injap ‘ileocaecal’ tidak disokong dan biasanya ia akan ada kebocoran
semasa meneran untuk membuang air besar dan menyebabkan kontaminasi
kepada usus kecil berlaku.
4. Merehatkan puborectalis muscle yang biasanya mencengkam rectum untuk menahan pengeluaran najis.
5. Dapat
menggunakan bantuan kedua-dua belah peha untuk support kolon dan
mengurangkan keperluan meneran. Meneran secara kronik semasa berak boleh
menyebabkan terjadinya 'hernias', 'diverticulosis', dan 'pelvic organ
prolapse'.
6. Salah
satu kaedah yang amat berkesan dalam mengawal dan mencegah hemorrhoids,
sebagaimana yang di buktikan dalam beberapa kajian klinikal yang di
keluarkan dalam berbagai journal.
7. Untuk
perempuan mengandung, mencangkung dapat mencegah tekanan kepada uterus
semasa kencing dan berak. Malah amalan mencangkung yang dilakukan tiap
hari dapat menyediakan untuk proses kelahiran yang natural.
Sejarah
Kebersihan
yang mampu di tawarkan oleh tandas duduk menjadikan ianya begitu
popular sejak diperkenalkan dibarat dan akhirnya diterima secara meluas
ke Amerika, Australia dan Negara-negara timur tengah. ‘Indoor plumbing’
yang berkembang pada 1800 turut membantu mempromosi tandas duduk dan
diterima sebagai kemajuan dan standard yang tinggi dalam kehidupan tanpa
melihat kepada ‘internal cleanliness’ dan aspek kesihatan.
Kebaikan
sanitasi yang ditawarkan tandas duduk menyebabkan orang lupa kepada
kesilapan ‘ergonomic’ yang besar dengan berak secara duduk menyebabkan
sukar untuk membuang air besar dan tidak dapat dibuang dengan sepenuhnya
dan menyebabkan orang terpaksa meneran untuk berak.
150
tahun dahulu tidak seorang pun yang menjangkakan bagaimana kesan
‘tandas duduk’ akan mempengaruhi kesihatan penduduk dunia. Pada hari
ini, setelah lebih 150 tahun tandas duduk diperkenalkan ramai
pakar-pakar perubatan menyalahkan kepada ‘tandas duduk moden’ yang
menyebabkan tinggi nya kejadian berbagai penyakit yang berkait dengan
usus besar. Negara-negara barat mempunyai kejadian tinggi
penyakit-penyakit kolon dan ‘pelvic diseases’, seperti yang ditunjukkan
dalam laporan ‘Israel Journal of Medical Science’:
The
prevalences of bowel diseases (hemorrhoids, appendicitis, polyps,
ulcerative colitis, irritable bowel syndrome, diverticular disease, and
colon cancer) are similar in South African whites and in populations of
prosperous western countries. Among rural South African blacks with a
traditional life style, these diseases are very uncommon or almost
unknown.
Kebersihan
dan kesihatan kolon tergantung kepada kelancaran proses pembuangan
najis setiap hari. Manusia telah diciptakan dengan baik untuk membuang
najis setiap hari dalam kedudukan mencangkung supaya kolon berkedudukan
lurus serta dapat ditekan dan di picit dengan kedua-dua belah peha bagi
mengosongkan nya tanpa perlu meneran. Dalam waktu yang sama otot
‘puborectalis’ perlu relax dan injap ‘ileocecal’ dari usus kecil harus
tertutup rapat. Tandas duduk tidak dapat menepati kesemua keperluan
semula jadi ini menyebabkan adalah mustahil untuk mengosongkan kolon
sepenuhnya.
Pembuangan
yang tidak lengkap menyebabkan ada baki najis terkumpul dan mendap
dibahagian bawah kolon. Dimendapan ini berbagai koloni kuman membiak dan
boleh menyebabkan inflamasi kepada tisu-tisu usus di sekitarnya.
Tergantung dibahagian mana dan jenis bacteria yang terlibat, inflamasi
ini dipanggil dengan berbagai nama penyakit seperti Appendicitis,
diverticulitis, ulcerative colitis, dan Crohn's Disease.
I
have received reports regarding several people, aged between 5 and 45
years, diagnosed with Crohn’s Disease. Inflammatory bowel conditions are
shown to react most positively when the cumulative injury of seated
elimination is relieved by squatting. People with IBD who have changed
to the squat posture for bowel movements report significant improvement
within a few weeks and, in time, have lost all symptoms of this
horrendous condition.
KANSER KOLON
Kolon
adalah tiub sepanjang 5 ke 6 kaki yang menampong pembuangan dari usus
kecil dan bergerak ke rectum dengan kecutan otot yang rhythmic. Semasa
berada di kolon kandung air terus diserap semula dan sekiranya
pergerakan najis terganggu maka proses penyerapan air yang berterusan
akan menyebabkan najis mengering dan melekat pada dinding kolon.
Tandas duduk menghalang pengaliran najis,
sebab ia mengabaikan 4 keperluan asas:
1. ‘Sigmoid
colon’ (tempat paling kerap terjadi kanser kolon) perlukan support dan
tekanan dari peha kiri untuk pembuangan najis yang lengkap. Tekanan dari
Peha kiri membantu mengangkat ‘sigmoid colon’ dan membuka bengkokkan di
tempat menyambung ke rectum.
2. ‘Cecum’
(tempat kedua kerap kanser kolon) perlukan tekanan dan himpitan dari
peha kanan untuk menolak najis naik keatas dan memasuki ‘ascending
colon’.
3. ‘Rectum’
(tempat ketiga kerap kanser kolon) sentiasa di cengkam oleh otot
'puborectalis' bagi menghalang atau mencegah kebocoran najis.
4. Keselurohan kolon perlu ditekan dengan injap 'ileocecal' tertutup rapat bagi mengujudkan suatu tekanan yang mencukupi di dalam kolon untuk membantu mengeluarkan najis
Tempot
bengkokkan antara sambungan ‘sigmoid’ dan rektum, adalah mempunyai
fungsi penting untuk mengawal pengeluaran najis. Ia berfungsi seumpama
‘brakes’ kepada aliran ‘peristalsis’ dan secara tak langsung
mengurangkan bebanan fungsi otot puborectalis dalam mencekam kolon.
Untuk
keselamatan, secara semula jadi telah diciptakan berbagai halangan atau
system kawalan untuk pengeluaran najis dan bagi mencegah kebocoran.
Kunci kepada utama kepada kawalan ini adalah ‘mencangkung’, dalam posisi
berdiri atau duduk kolon akan berada dalam mod ‘cegah kebocoran’. Sebab
itulah dalam kedudukan berak di tandas mangkuk kolon tidak ditekan oleh
peha dan cengkaman otot puborectalis serta bengkokan sigmoid kolon dan
rectum menghalang pengeluaran najis.
Halangan-halangan
ini menyebabkan susah pembuangan najis, perlu meneran dengan kuat,
mengambil masa yang lama dan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Keadaan
ini seumpama kita memandu kereta tanpa melepas kan ‘hand brake’. Sisa
najis yang tertinggal akan terus diserap air, menjadi kering, melekat ke
dinding kolon, menyempitkan saluran kolon, memudaratkan sel-sel di
permukaan kolon, pendedahan toksin yang lama dan akhirnya terjadi
mutasi kanser.
Penerangan
ini jelas dapat menkaitkan kanser kolon dengan sembelit yang kronik.
Mengikut satu kajian tahun 1998 yang dilaporkan dalam journal
Epidemiology, "orang yang mengalami sembelit akan 4x lebih tinggi
daripada yang tidak mengalami sembelit untuk terjadi kanser kolon".
Kajian tersebut juga mendapati orang yang sering menggunakan ubat
laxatives mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser
kolon.
Sembelit
Sembelit
atau konstipasi yang kronik akan banyak memberikan kesan burok kepada
kolon. Kolon akan sentiasa menyerap air daripada najis sehinggakan najis
yang tidak dibuang sepenuhnya akan menjadi keras dan melekat kepada
dinding kolon.
Sembelit
yang kronik menyebabkan peningkatan risiko kanser kolon dan juga
sembelit dikaitkan dengan penyakit ‘diverticulosis’ dan ‘appendicitis’.
Risiko kolon kanser juga meningkat dengan kesan pengambilan berbagai
laxatives.
Mencangkung dapat mencegah sembelit dengan 4 cara berikut:
2. Injap
‘ileocecal’ yang tertutup rapat di antara usus kecil dan kolon
menghasilkan tekanan penuh didalam kolon untuk menolak najis ke rectum.
Dalam situasi berak duduk, injap ic tidak disupport dan biasanya
berlaku kebocoran dan menyebabkan sukar untuk menghasilkan tekanan yang
diperlukan didalam kolon.
3. Mencangkung
secara semula jadi otot ‘puborectalis’ akan relax dan melepaskan
cengkaman kepada rectum yang sentisa dilakukannya untuk menghalang
laluan najis keluar.
4. Mencangkung
dapat mengangkat ‘sigmoid colon’ untuk ‘unlock the "kink"’ pada bukaan
kemasukan ke dalam rectum. Bengkokan antara sigmoid kolon dan rectum
ini sebenarnya membantu mengurangi beban otot puborectalis menahan
pengaliran najis keluar.
Direngkaskan,
kolon di lengkapkan dengan ‘inlet valve’ (injap ileocecal) dan ‘outlet
valve’ (injap otot puborectalis). Duduk mencangkung dapat merangsang
secara serentak penutupan ‘inlet valve’ untuk memastikan usus kecil
bersih dan membuka ‘outlet valve’ bagi najis dapat keluar melalui nya.
Duduk di tandas mangkuk menghalang fungsi kedua-dua injap tersebut dan
menyebabkan pembuangan najis amat menyusahkan serta tidak dapat
dikeluarkan sepenuhnya dan dalam waktu yang sama akan mengotorkan usus
kecil.
Otot
‘sphincter’ adalah bertindak sebagai ‘outlet valve’ yang kedua, yang
boleh dikawal oleh kita untuk sementara waktu sahaja. Kawalan sebenar
kepada pengeluaran najis adalah oleh cenkaman berterusan oleh otot
‘puborectalis’. Dalam posisi duduk, cengkaman otot puborectalis tidak
dilepaskan malah ia akan dipaksa terbuka sedikit dengan meneran dan
hanya sebahagian najis saja dikeluarkan. Kesan meneran yang kuat dan
berulang-ulang bertahun-tahun menyebabkan terjadinya hemorrhoids jadi
ianya juga boleh diklassifikasikan sebagai ‘repetitive strain injury’.
Kesimpulan
nya, tandas mangkuk duduk telah mengakibatkan penderitaan yang tidak
sepatutnya terjadi kepada masyarakat seluroh dunia dan menghabiskan
berbilion usd didalam kos perawatan kesihatan yang berpunca daripada
berak secara tidak normal. Sudah sampai masa nya untuk manusia kembali
semula kepada cara berak semula jadi yang amat bersesuai dengan asal
kejadian nya dan meninggalkan pengalaman yang salah ini.
credit to : klinikbuasir.com
No comments:
Post a Comment