Pemahaman
perubatan dahulu menganggap bahawa Buasir atau Hemorrhoid adalah akibat
dari pembengkakan jaringan pembuluh darah vena atau pun ianya
dianggap sebagai ‘varicose vein’ di daerah anus dan rectum.
Kajian saintifik terbaru membuktikan bahawa buasir sebenarnya adalah disebabkan pembengkakkan dan pergerakan kebawah ‘anal cushions’ iaitu
suatu struktur normal yang terdapat dibahagian hujung ‘rectum’. ‘Anal
cushions’ ini terdapat secara semula jadi pada semua orang termasuk bayi
yang baru lahir dan ia adalah struktur menebal yang terdapat dibahagian
lapisan dalam dihujung rectum sehingga ke bahagian atas anal canal yang
mengandungi saluran darah arteri dan venus, tisu elastic dan juga tisu
fiber.
‘Anal
cushion’ ini berfungsi untuk memberikan “Fine Control” kepada ‘anal
sphincter’. Ia akan menjadi buasir bila membengkak dan bergeser kebawah.
Sekiranya kesemua bahagian ‘anal cushions’ ini dibuang kita akan
mengalami kekurangan sekitar 20% kawalan ‘anal sphinter’ dan akan
menyebabkan kita akan mengalami kesukaran untuk mengawal ‘kentut’ dan
pembuangan najis.
Penyakit
buasir sebenarnya mudah dicegah dan rawatan nya adalah tidak terlalu
sukar sekiranya dirawat sebaik saja gejala-gejalanya mula di kesan.Tanpa
rawatan awal buasir cenderung progresif dan bertambah teruk dari masa
ke semasa.
Penyakit ini mempengaruhi sekitar 89% populasi Amerika di suatu waktu dalam hidupnya. Bahkan pada suatu penelitian disebutkan bahawa sekitar setengah dari orang sihat yang diperiksa memiliki buasir dengan tahap tertentu.
credit to : klinikbuasir.com
No comments:
Post a Comment