RUBBER BANDING (Mengikat Dengan Getah)
Ikatan
dengan getah di pangkal buasir akan menghentikan darah mengalir ke
kawasan yang tersepit dan akhirnya kawasan tersebut akan mati dan
terlepas sendiri dalam 7 hari ke saluran dubur dan dikeluarkan bersama
najis semasa membuang air besar. Tempat ikatan tersebut akan terjadi
ulcer dan mengambil masa seminggu untuk pulih semula.
Teknik ini adalah sangat sesuai hanya untuk buasir dalaman perengkat I dan II sahajadan
dapat dilakukan di bilik rawatan klinik sahaja. Buasir perengkat III,
IV dan buasir luaran tidak boleh langsung dirawat dengan teknik ini.
|
||||||
INJEKSI SKLEROTERERAPY
Untuk mengecutkan buasir dan pembuluh darah ubat diinjeksikan secara langsung ke membrane
|
||||||
SUPER FREEZE (CRYOTHERAPY)
Peralatan
kriogenik menggunakan nitrogen cair untuk membekukan dengan ’super
freeze’ bonjolan buasir. Hal ini menyebabkan bonjolan yang terkena
nitrogen cair mati dan terlepas dalam 7 hari dan terbentuk ulcer yang
pulih dalam 1ke 2 minggu. Teknik ini efektif bila digunakan untuk buasir
luaran (external) sahaja.
KOAGULASI BIPOLAR & UNIPOLAR
Elektroterapi bipolar digunakan untuk memberikan kesan koagulasi secara langsung di kawasan membran mukosa didekat bonjolan buasir atau hemorrhoid. Specialized Bipolar Circumactive Probes (BICAP) sangat efektif untuk mengurangkan pendarahan pada buasir luaran atau buasir dalaman. Desain probe dibuat khusus sehingga efektif untuk menghentikan perdarahan. Kelebihan terapi ini adalah kesan sampingan minimal, sakit minimal, tanpa pembedahan tetapi kekurangannya adalah perlukan terapi lebih dari satu kali. Kadang-kadang memerlukan sampai 3-5 kali rawatan untuk mencapai kesan terapi yang diinginkan. Untuk Elektroterapi unipolar seperti ‘Ultroid’ ianya juga berkesan dan selamat digunakan tetapi kurang selesa bagi doktor dan pesakit kerana pesakit dalam kedudukan litotomi (seperti melahirkan anak kemudian dimasukkan anoskop Ultroid selama lebih dari 15 minit dan doktor yang menggunakannya juga harus menahan alat tersebut ditempatnya selama 15 minit. Oleh kerana itu, alat ini dirasa kurang popular. Pernah juga dilaporkan timbulnya fistula dengan menggunakan terapi ini.
HEMORRHOIDOLYSIS
Gelombang galvanic yang berfungsi terapeutik diletakkan secara langsung ke bonjolan buasir atau hemorroid, hal ini menghasilkan reaksi kimia yang membuat bonjolan buasir mengecut dan melarut. Teknik ini sangat berkesan untuk buasir dalaman sahaja.
Teknik
ini tidak boleh digunakan untuk buasir luaran dan kelainan lain, selain
itu memerlukan terapi lebih dari satu kali untuk mencapai hasil yang
dikehendaki.
|
||||||
STAPLED HAEMORRHOIDOPEXY – the "painless" piles surgery |
||||||
KONVESIONAL HAEMORROIDECTOMY
Pembedahan
buasir adalah dilaporkan sebagai prosedur yang paling menyakitkan.
Kebanyakan pesakit mendengar cerita dan pengalaman daripada kawan
ataupun saudara yang pernah menjalani pembedahan haemorroidectomy
menderita kesakitan bermingu-minggu selepas pembedahan terutamanya sakit
yang amat sangat ketika membuang air besar dan selepasnya serta
ketidak selesaan untuk duduk ataupun berjalan untuk tempoh 4 ke 6
minggu.
Pangkal
buasir dan beberapa sumber urat darah akan diikat dengan benang jahitan
bagi menghentikan pendarahan. Ikatan-ikatan ini yang akan menyebabkan
pesakit terasa teramat sakit selepas pembedahan terutamanya hendak
membuang air besar dan selepas nya. Ini disebabkan struktur dubur adalah
dinamik dengan adanya ‘anal spchinter’, sebarang jahitan atau ikatan
akan menimbulkan ‘tension’ terutama nya ketika anal spchinter dibuka
atau pun ditutup.
Berbagai
cara digunakan untuk mengatasi masalah kesakitan pembedahan buasir,
antaranya penggunaan ‘diathermy’, ‘an electric knife’, ultrasonics
machines dan laser tapi ‘healing’ dan kesakitan tetap menjadi masalah
utama.
RAWATAN OLEH TABIB CINA DAN AYURVEDA
Ramai
pesakit-pesakit yang menderita buasir kecewa dengan memakan ‘Daflon’
dan menggunakan ubat peluru tidak juga baik-baik dan untuk dioperasi
mereka takut, akhirnya mereka mencari rawatan-rawatan yang terdapat di
internet.
Ketahuailah
kebanyakan rawatan alternatif yang banyak diiklankan di internet adalah
merupakan rawatan yang tidak di amalkan oleh doktor-doktor perubatan
bertauliah. Bentuk rawatan yang biasa mereka lakukan adalah dengan
memberikan herba-herba tertentu secara pemakanan atau minuman bagi
mengecut dan mengurangkan kesakitan serta persediaan krim campuran herba
untuk disapu kepada tempat buasir tersebut.
Terdapat juga pengamal perubatan alternatif ini yang lebih berani dengan menggunakan kaedah suntikan sclerosant, Ligasi atau pun kriogenik seperti
yang diterangkan diatas. Rawatan ini seharusnya hanya boleh di amalkan
oleh doktor yang bertauliah sahaja kerana kesan sampingan dan
komplikasinya yang boleh membawa kepada mudarat yang teruk.
RAWATAN DENGAN LASER SAFUTE BEIM
Kesemua
rawatan buasir diatas ada kekurangan dan kelemahan nya yang tersendiri,
manakala Laser Safute mampu menawarkan rawatan yang terbaik dengan
menyediakan teknologi terbaru dan tercanggih dalam perawatan buasir.
Doktor juga dapat lebih cepat melakukan rawatan kerana tidak ada pendarahan dan tidak perlu jahitan dan pesakit pun dapat pulang kerana menurut penelitian besar 98% pesakit tidak memerlukan rawatan di Hospital dan boleh pulang kerana risiko kesakitan dan pendarahan terlalu minimal.
credit to : klinikbuasir.com
|
Monday, 13 January 2014
Pelbagai jenis perawatan buasir mengikut kondisi pesakit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment